Sabtu, 27 Ogos 2011

Terma dan syarat

Urusniaga adalah secara ONLINE dan OFFLINE di kawasan Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya.
Segala tempahan ONLINE akan diproses setelah bayaran penuh diterima. Pembayaran secara "Cash On Delivery" (COD) turut diterima bagi tempahan OFFLINE. Segala tempahan telah diperiksa dan berada di dalam keadaan yang terbaik sebelum dihantar. Oleh itu pemulangan atau tukar ganti tempahan yang telah dihantar/dijual tidak boleh dilakukan.
mykhaiza2u.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas kerosakan yang berlaku semasa penghantaran oleh pihak ketiga.
mykhaiza2u.blogspot.com berhak menolak tempahan dari pelanggan.
Gambar yang dipaparkan adalah sebagai contoh sahaja. Barang yang dijual mungkin berbeza dari segi rekaan dan warna disebabkan faktor teknikal fotografi dan paparan.
mykhaiza2u.blogspot.com telah memberikan yang terbaik untuk memenuhi pesanan pembeli dan berhak untuk menukar ganti pesanan di atas pelbagai faktor.
Terma dan syarat ini tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh mykhaiza2u.blogspot.com

Penghantaran

Penghantaran adalah melalui khidmat penghantaran POSLAJU NATIONAL COURIER. Kaedah pengiriman yang terpantas ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia dengan kemudahan "Track & Trace". 

Setiap kiriman boleh dipantau melalui laman web Pos Malaysia di http://www.poslaju.com.my atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1300300300. Penghantaran akan dibuat setelah pembayaran dibuat oleh pelanggan. Barangan akan sampai kepada pelanggan dalam masa 1-2 hari bekerja bergantung kepada lokasi pelanggan.

Pengenalan

Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, keadah membeli secara online kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah. Anda sering tidak berkesempatan untuk keluar membeli-belah di bazar-bazar atau pasaraya disebabkan kesuntukan masa.
Anda tidak perlu menanggung kos pengangkutan, petrol, bayaran tol, tambang, bayaran parking dan lain-lain untuk membeli belah. Kos tambahan yang perlu anda tanggung hanyalah belanja penghantaran/pos sahaja.
Anda akan mendapat produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Anda tidak perlu membayar harga untuk sewaan kedai, kos elektrik, pendingin hawa, gaji pekerja dalam harga produk yang anda beli. Anda juga masih berpeluang untuk berunding tentang harga menggunakan email atau YM.
Dengan kemudahan membeli belah secara online, anda tidak perlu menunggu hujung minggu atau mengambil cuti untuk keluar membeli-belah. Pemilihan (windows shopping) & pembelian boleh dilakukan bila-bila masa di hadapan komputer. Anda boleh membuat pilihan dan membeli-belah semasa berada di pejabat atau dari rumah anda.