Sabtu, 27 Ogos 2011

Pengenalan

Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, keadah membeli secara online kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah. Anda sering tidak berkesempatan untuk keluar membeli-belah di bazar-bazar atau pasaraya disebabkan kesuntukan masa.
Anda tidak perlu menanggung kos pengangkutan, petrol, bayaran tol, tambang, bayaran parking dan lain-lain untuk membeli belah. Kos tambahan yang perlu anda tanggung hanyalah belanja penghantaran/pos sahaja.
Anda akan mendapat produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Anda tidak perlu membayar harga untuk sewaan kedai, kos elektrik, pendingin hawa, gaji pekerja dalam harga produk yang anda beli. Anda juga masih berpeluang untuk berunding tentang harga menggunakan email atau YM.
Dengan kemudahan membeli belah secara online, anda tidak perlu menunggu hujung minggu atau mengambil cuti untuk keluar membeli-belah. Pemilihan (windows shopping) & pembelian boleh dilakukan bila-bila masa di hadapan komputer. Anda boleh membuat pilihan dan membeli-belah semasa berada di pejabat atau dari rumah anda.