Rabu, 5 September 2012

Hijab Abot Bukan Kerana Tirod


Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 23 FEBRUARI 2012: Nama penyanyi Abot bukanlah asing dalam dunia seni suara, namun sejak lebih lima tahun lalu namanya bagaikan kian pudar dan tenggelam.

Namun ramai yang tidak tahu punca sebenar kehilangan penyanyi yang popular dengan lagi Kasih Mu ini dalam bidang muzik tanah air.

Bagaimanapun, tahun 2012 merupakan langkah baru buat Abot atau nama sebenarnya Nurimah Muhammad untuk kembali menyinari dunia muzik tempatan.

Malah Abot berkata dia kini kembali dengan semangat baru atas sokongan peminat yang masih mahu melihatnya mewarnai dunia muzik.

"Saya akui sejak tahun 2006, saya sudah mula mengurangkan aktiviti seni suara saya walaupun ketika itu nama saya sedang meningkat naik.

"Bukan berniat untuk berhenti daripada bidang itu, tetapi saya terpaksa tolak segala tawaran menyanyi disebabkan penyakit tirod yang saya hadapi ketika itu.

"Saya menderita penyakit tirod di leher yang agak lama sehinggalah saya bertemu dengan produk makanan tambahan dari syarikat Asia Herbal Biotech Sdn Bhd (AHB) pada tahun lalu.

"Setelah beberapa bulan mengamalkan serta makan makanan tambahan tersebut, saya dapati penyakit saya kini pulih dan pada tahun lalu jugalah saya mula merakam album terbaru saya," katanya dalam sidang media pelantikannya sebagai jurucakap untuk produk AHB.

Majlis tersebut telah menyaksikan Abot menandatangi perjanjian sebagai jurucakap rangkai produk syarikat AHB.

Memulakan kerjaya pada pertengahan tahun 90-an, Abot kini kembali dengan album kedua berjudul My Happy Tree.

Enam buah lagu yang terdapat di dalam album berkenaan seperti, mencari Isteri, Penantian Puteri, Ada Harapan Baru, Intan Abah, Selamat Hari Mati dan Sakit Hati Raya.

Lebih lima tahun lenyap dari indusrti seni muzik tanah air, Abot akui bukan mudah untuknya membina nama serta kerjayanya dalam bidang tersebut.

"Pada mulanya memang susah. Lebih-lebIh lagi saya kini bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

"Saya tahu, bukan mudah untuk sayarikat rakaman menerima saya buat masa ini. Jadi saya rasa lebih selesa bergerak sendiri.

"Alhamdulilah, sejak memulakan kerjaya nyanyian tahun ini, saya telah menerima banyak undangan menyanyi sehingga kini," luahnya lagi.

Albumnya tiada dijual di pasaran, sebaliknya akan dijual ketika dia mengadakan road show ketika mempromosikan rangkaian produk di seluruh negara.

Selain itu juga, ianya boleh didapati di pejabat AHB sendiri yang terletak ndi Dataran Mentari, Petaling Jaya.

Selain promosi road show, Abot akan ke setesen radio untuk mempromosikan lagunya ke corong-corong radio.

Bukan sahaja lahir dengan labum baru, tahun 2012 juga merupakan tahun penghijarahan yang besar buat Abot yang kini sudah mula dengan imej hijab.

"Memang sudah lama saya menanam hasrat untuk bertudung. Malah ramai yang sudah bertanyakan bila saya mahu berhijab.

"Tapi tahun ini, saya membuktikan saya telah bertudung bukan kerana paksaan orang atau hendak menutup tirod, sebaliknya saya membuat keputusan atas kesedaran diri saya sendiri," tambahnya lagi.

Sumber : murai.com.my

Kembali normal


Pertemuan dengan Adik Danial. Sebelum ini, menghidapi penyakit ganjil sehingga jarinya mereput dan beliau disahkan LUMPUH seluruh anggota badan. Alhamdulillah, kini adik Danial telah kembali normal dan sembuh.

Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kehebatan produk Asia Herbal Biotech Sdn Bhd boleh dapatkan maklumat dari saya dengan TEL / SMS ke 6.012.261.054.3 atau emel ke mykhaiza2u@gmail.com. Untuk sebarang informasi boleh melayari laman web http://www.mykhaiza2u.blogspot.com